Monday, 29 June 2009

BISIKAN RINDU TEMAN

Kenangan menyimpul

Dalam dakapan sunyi

Angin datang menyulam rindu

Dalam lipatan kalbu

membara

Mesra suara mu berlagu

Ceria menawan nyawa

nadiku

Teringat irama janji mu

ragu ku semakin bertamu

Kita semakin jauh

Menyorok di sebalik kesibukan

Dipinggir sungai kejernihan

Bermimpi meyelongkar erti

persahabatan

Lambaian mu seorang teman

Terbang di sayap pencarian

Lambaian ku kelesuan di dahan

penantian

Lambaian salam mu umpama

ombak

sukar untuk ku melukiskan.

No comments:

Post a Comment